G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.
Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.
Cecair Yang Dikeluarkan
Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh benjolan 'skene' yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat lelaki. Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.
Lupakan Sains
Kata Grafenberg, lupakan seketika tentang kemajuan ilmu sains atau anatomi yang anda ketahui. Sebaliknya pelajari bagaimana anda dapat membantu wanita mencapai orgasme secara menelusuri titik ghairahnya dengan cara tersendiri. Pun begitu, anda ditegah mencari G-Spot ini secara membabi buta. Sepertimana melakukan hubungan seks, begitu juga dengan ekspedisi ini. Anda perlu bermesra dengan mindanya terlebih dahulu. Berbuallah dengan mesra di saat berasmara.
Berbual Tentang Seks
Anda boleh bercerita perkara berkaitan seks. Ceritakan pengalaman atau khayalan anda tentang dirinya selama ini. Katakan apa yang anda inginkan darinya. Carilah daya penarik yang ada padanya sehingga dia benar-benar bahagia. Kebanyakan pasangan masih berasa malu untuk berbincang mengenai hasrat, keinginan dan fikiran terhadap seks. Oleh kerana kedua-dua pihak tidak berterus terang maka mereka dibayangi dengan perasaan cemas dan takut. Ada yang takut tidak dapat memuaskan pasangan. Padahal ia bukanlah sesuatu hal yang pelik kerana dengan membuang perasaan malu setiap masalah dapat diluahkan. Sikap berterus-terang secara tidak langsung akan menghilangkan perasaan takut bagi setiap pasangan.
Sebagai suami, bergurau sendalah dengan isteri.Suasana gurau senda ini dapat melepaskan tekanan dan rasa malu pasangan anda. Biarpun menggunakan kata-kata 'nakal' ia tetap melegakan pasangan. Sebagai gantinya hubungan seks anda menjadi lebih hangat. Berbuallah kepada pasangan perkara-perkara romantik termasuk teknik hubungan seks yang belum pernah dilakukan. Ia sebenarnya merupakan perbualan yang penuh emosi. Dengan bercerita ia menjadi langkah awal (foreplay) untuk menghilangkan tekanan perasaan serta dalam masa yang sama dapat merangsang titik ghairahnya. Foreplay berpengaruh dan berkesan untuk memperbaiki kehidupan seksual seseorang. Apabila bercerita mengenai teknik maka pasangan akan 'terlibat' dalam khayalan mengenai teknik-teknik baru yang belum pernah dilakukan. Melalui khayalan, secara tidak langsung akan terputus segala halangan atau rintangan yang menganggu kobaran api asmara selama ini.
Selesa
Sebelum berasmara, pastikan tempat atau bilik tidur dalam keadaan selesa. Kawasan yang bersih, harum dengan tata hias perabot yang menarik akan membuatkan pasangan berada dalam keadaan selesa dan nyaman. Minda juga akan menjadi tenang dengan suasana yang damai. Dan pastilah anda berdua telah bersedia untuk melakukan.
Persediaan
Biarkan dia berada dalam keadaan menghairahkan. Sentuh dan urutlah tubuhnya, mengusap lembut payudara atau anggota tubuh lain akan dapat membantu dia mencapai puncak syahwat.
Mana Lokasinya?
Sesetengah pakar seperti Dr Ruth Westheimer percaya G-Spot hanyalah titik khayalan wanita. Tetapi bagi mereka yang pernah secara kebetulan melihat reaksi wanita yang mencapai orgasme apabila disentuh pada bahagian G-Spot akan mengakui kebenaran kenyataan itu. Menurut mereka pada peringkat ini, wanita benar-benar terangsang dan kenikmatan yang dicapai sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pun begitu, Dr Grafenberg menjelaskan G-Spot dapat ditemui di bahagian dinding dalam vagina di antara mulut vagina hingga ke rahim. Bagaimanapun, lokasi G-Spot setiap wanita berbeza-beza. Ada yang menikmatinya dan tidak kurang yang rasa terganggu apabila disentuh. Malah ada yang berasa seperti hendak kencing. Jadi berhati-hatilah.
Mulakan Pencarian
Sebelum anda memulakan ekspedisi pencarian, jagalah kebersihan diri. Pastikan seluruh tubuh anda bersih termasuk jari dan kuku dipotong rapi. Lakukan pencarian dengan sebaik mungkin. Ketika menjelajah janganlah bertanya kepada pasangan soalan seperti, "Ini ke? Bagaimana sekarang?". Apabila anda berjaya menemuinya anda akan mengetahui secara automatik.
Meskipun G-Spot ini membuat wanita terangsang tetapi janganlah terlalu mengharap untuk menjejakinya. Ia boleh menyebabkan rasa kecewa jika tidak ditemui. Dan anda janganlah terlalu serius sebaiknya lakukan dengan perasaan gembira. Jangan melakukan pencarian sehingga pasangan berasa tertekan, buruk padahnya.
No comments:
Post a Comment