Monday, 30 April 2012

Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai

ulu saya pernah keluarkan entri cara-cara memilih coli dalam bentuk kiraan mathematik.
Katakan ukuran ukur lilit payudara  – 86 sm dan ukur lilit bawah payudara 74 sm. 86 tolak 74 = 12sm. Mangkuk coli yang adalah jenis B.
* Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .
Entri lengkap  di sini – Petua ringkas jaga coli
Memilih coli adalah perkara rumit bagi perempuan. Bukan boleh pegang, belek, sentuh dan beli. Ini kerana bentuk setiap orang berbeza. Saiz saja berbeza² dan material juga mempengaruhi ketepatan jitu serasinya coli dan buah dada.
Jadi untuk tidak merumitkan murid² yang agak lemah dengan mathematik, hari ini saya berkongsi pula cara memilih baju dalam yang sesuai secara bergambar.


cara pakai coli 430x235 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Masukkan tangan menerusi pita bahu.   Condongkan badan ke depan.   Biarkan buah dada masuk ke dalam mangkuk coli.  Pasangkan cangkuk.

* pasangkan cangkuk di depan, kemudian dipusing ke belakang itu cara yang salah ye Cik Kiah…
cara beli coli 425x250 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
cara memilih coli 430x228 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Tarik masuk lebihan isi buah dada ke dalam mangkuk coli. Pastikan buah dada masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk coli.
cara mencuba coli 430x244 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Angkat tangan. Coli yang padan rapi tidak akan terangkat naik.
Kalau dah selesa dan sesuai, tukar semula coli asal, jangan terus disarung baju.  Saya tidak bertanggungjawap sekiranya anda ditahan kerana mencuri coli.
Gambar ini diambil dari fitting room Parkson tahun 2009 yang dipos dalam blog peribadi saya untuk rujukan dan panduan sendiri.
My Dear Diary 430x233 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Tips dan teknik ini dikeluarkan oleh Triumph.
Rumitnya bab coli sehingga terdapat 3 mukasurat penerangan mengenai istilah coli di dalam Pusat Rujukan  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Itu tidak termasuk rujukan dalam kategori Biologi.
  • Coli ( bra/ brassiere): Pakaian dalam wanita yang digunakan untuk membentuk dan mengampu payudara.
  • Coli Sari (cholee/choli) : Blaus sama sendat dan bergaris leher jeluk yang dipadankan dengan sari. Blaus ini biasanya dipakai oleh wanita India dan menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 1968.
  • Coli Lekap (posts ) : Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
  • Coli Renang ( swimbra ) : Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara
  • Coli Jeluk ( decollete bra/ plunge bra ): Coli bergaris leher bentuk V jeluk dan kedua-dua mangkuknya dicantumkan dengan pita penetap yang kecil dan dipakai bersama-sama pakaian berleher jelum.
  • Coli Memberi / Coli Saiz Bebas ( stretch bra/ one-size bra ) : Coli daripada fabrik kait spandeks, bertali kenyal dan biasanya mempunyai satu saiz atau adakalanya tiada berkancing.
  • Coli Ala Korset (long-line bra ): Coli yang menutupi bahagian payudara ke pinggang, dipakai bersama girdel, bertetulang wayar. Adakalanya dipakai tanpa tali.
  • Gaun dalam coli ( bra slip ) : Gaun dalam bercoli sendat yang popular pada tahun 1960-an.





No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”