Monday 25 June 2012

Elfira Loy Berlagak Dan Elergi Dengan Barang Tidak Berjenama


Elfira suka sangat mencanang pada orang yang dia ni pakai cuma barang berjenama. Bukan setakat itu, gadis kecil molek ini turut dikatakan gemar menunjuk-nunjuk barangan berjenama yang dimilikinya sehinggakan ada yang mengatakan dia alergi dengan barangan tidak berjenama.

Tidak mudah melenting, Elfira membalas kembali dakwaan tersebut. Katanya, jika benar sekalipun dakwaan tersebut, ia adalah untuk kepuasan diri dan yang paling penting, datang daripada hasil titik peluhnya sendiri.


Memang tidak dinafikan kadangkala saya ada membeli barangan yang berjenama seperti kasut dan beg tangan. Namun semua itu dibeli untuk kepuasan diri saya sendiri. Barangan tersebut lazimnya berkualiti tinggi serta tahan lama. Oleh itu, ia juga boleh dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang. Kasut yang dibeli pada tahun ini mungkin boleh digunakan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. 

Saya sudah mula bekerja sejak berusia 12 tahun jadi saya tahu bertapa susahnya untuk mencari duit sendiri. Oleh sebab itu, saya sentiasa mengawal perbelanjaan dan tidak terlalu mengikut nafsu. Jika saya benar-benar inginkan sesuatu, saya akan berusaha mengumpul duit untuk mendapatkannya terutamanya jika barangan tersebut mahal dan berjenama. Saya tidak dapat melihat di mana silapnya kerana saya berbelanja dengan menggunakan hasil titik peluh saya sendiri. 

Selain menunjuk-nunjuk barangan berjenama Elfira Loy juga dikatakan sudah mula pandai berlagak. Namun dia menyatakan bukanlah jenis yang terlalu terbuka dengan orang yang tidak dikenali. Bagaimanapun, jika saya sudah percaya dan selesa dengan seseorang itu, barulah saya menjadi peramah. Jadi, dari mana datangnya sifat berlagak itu pula? 

Menyentuh tentang bidang lakonan yang dilihat semakin melimpah-ruah, perkembangan terbaharu dalam kerjaya Elfira Loy kini mendapat kepercayaan untuk melakonkan watak-watak yang lebih besar berbanding watak kanak-kanak sebelum ini. Dalam bulan Oktober nanti, drama terbaharunya, Dalam Hati Ada Taman akan ditayangkan. Selain itu, Elfira juga akan terlibat dengan dua produksi filem yang bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini.



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”