Monday 25 June 2012

(VIDEO) Panas!!! Abby Abadi Restu PAS Samakan Allah Dengan Peminta Sedekah?!!!


Kini makin ramai selebriti mula 'digunakan' oleh parti PAS dalam usaha mereka menarik sokongan anak muda untuk menyokong perjuangan sempit mereka. Bermula dengan Bob Lokman, Aishah kini Abby Abadi pula kelihatan tampil di atas pentas-pentas ceramah bersama pemimpin-pemimpin PAS.

Menurut maklumat dalaman dari ahli PAS, kerja 'merekrut' artis supaya menyertai PAS dilakukan oleh Bob Lokman. Ada juga khabar angin mengatakan artis yang tampil di pentas ceramah PAS dibayar sehingga RM4,000 untuk satu slot ceramah.

Harap-harap cerita ini tidak benar, kerana kita tahu ramai ahli biasa yang berjuang bermatian untuk PAS kebanyakkan dari mereka tidaklah dibayar dengan upah yang begini besar jumlahnya.

Tetapi bila meneliti kenyataan Abby Abadi dalam paparan video di bawah beliau mengakui bahawa derma yang dikutip Pas adalah 'beribu-ribu' malah beliau juga berterima kasih kerana Pas sudi untuk berkongsi rezeki dengannya.

Kata Ustaz PAS selalunya untuk berjumpa artis biasanya harga tiket dikenakan kepada penonton, tetapi kini tidak lagi bila artis bersama dengan perjuangan PAS. Tetapi mereka hanya perlu menghulurkan sumbangan.

Menurut Ustaz PAS lagi sumbangan ini umpama "menyumbang kepada Allah SWT." - Agak pelik bunyi ayat Ustaz PAS yang berceramah bersama Abby Abadi ini. 


Jika diteliti maksudnya, Allah itu umpama peminta sedekah dan kita perlu memberikan sumbangan kepada-Nya. Adakah ini satu percubaan untuk memesongkan fikiran pengikutnya?

Teliti video :



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”