Hajat empat gadis Melayu untuk meraih bayaran RM300 setiap seorang bagi mempersembahkan tarian bikini di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini semalam berakhir dengan
mereka dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Ketika serbuan pada pukul 12 tengah malam, empat penari yang berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 18 hingga 22 tahun itu bersedia untuk menari dengan berpakaian bikini di atas pentas di kelab itu.
Ketua penari yang dikenali sebagai Baby, 22, berkata, mereka sampai ke kelab malam tersebut pada pukul 10.30 malam selepas menerima tawaran mempersembahkan tarian di kelab itu.
“Kami akan menari secara bebas selama 10 minit dengan pakaian bikini dan setiap seorang akan dibayar RM300.
“Ketika menari, kami tidak membenarkan pelanggan menyentuh atau melakukan perkara tidak senonoh terhadap kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dakwa Baby, sebelum ini mereka telah banyak menerima jemputan mengadakan tarian di kelab malam ini tetapi terkejut kerana kali ini, kami diminta berpakaian seksi ketika mengadakan persembahan.
No comments:
Post a Comment