Monday 25 June 2012

Gambar Norish Karman Lahirkan Anak Luar Nikah?

Tiada apa yang perlu dihairankan atau terkejut dengan topik yang kami tulis ini, kerana berita mengenai kelahiran anak kepada seorang pelakon terkenal pernah menjadi topik hangat sekitar hujung tahun lalu. Khabarnya pelakon yang dimaksudkan itu ialah Norish Karman kerana beliau telah tinggal membawa diri sebentar di Bali, Indonesia.

Namun desas-desus mengenai kelahiran bayi tersebut telah disangkal oleh Norish Karman sendiri yang mengatakan empunya diri yang dimaksudkan bukanlah beliau. Penafian itu dilakukan pada Disember 2011 lepas.

Menurut Rotikaya.com,berita ini diperolehi daripada seorang peminat hiburan yang memuat naik beberapa gambar Norish Karman yang berada di hospital selepas melahirkan anak. Tambah sumber lagi, Norish telah melahirkan bayi lelaki pada 24 September 2011 di KPJ Cheras pada jam 6.13 petang.

Tertera jelas tag yang menulis nama Nor ‘Ashikin Karman iaitu nama sebenar,pelakon Norish Karman. Bayi lelaki yang dilahirkan normal itu telah diberi nama Alexander Bin Abdullah, sejauh mana kesahihan berita ini? Kita tunggu jawapan tuan badan dahulu…


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”