Tuesday 26 June 2012

Google Bantu Polis 4 Kali Sehari


Kerajaan dan pihak polis dilaporkan memohon bantuan daripada Google sekurang-kurangnya 4 kali sehari berhubung siasatan jenayah yang berlaku di Britain, ia merupakan angka baru yang didedahkan.

Enjin pencarian internet itu menerima 1,455 permohonan terhadap data dari Jun sehingga Disember 2011, dan kebanyakkannya berkaitan dengan siasatan jenayah.

Terdapat juga 49 permohonan untuk membuang kandungan di laman sesawang bagi pihak kerajaan dan pihak polis dalam jangka waktu yang sama.
 
Angka itu menunjukkan peningkatan 22 peratus berbanding jangka masa yang sama tahun lalu sekaligus menunjukkan peningkatan jumlah data yang dikumpul oleh oleh pihak berkuasa tanpa pengetahuan rakyat.
 
Meskipun begitu, Google enggan mendedahkan secara khusus pihak berkuasa manakah yang membuat permohonan-permohonan tersebut dan apakah yang mereka cari.

Hanya satu contoh yang diberikan dengan butiran yang agak khusus iaitu satu permintaan daripada pihak polis untuk membuang 5 akaun pengguna di YouTube kerana dikatakan menggalakkan keganasan.
 
Ini membayangkan kepada kita bahawa, pihak berkuasa di Malaysia juga saling tak tumpah melakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh pihak berkuasa luar negara untuk mengesan pelbagai data di internet dengan bantuan Google.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”