Tuesday, 26 June 2012
Serina tidak sedih
BIARPUN perjuangan Serina Redzuawan dalam MasterChef Malaysia tidak sampai ke peringkat akhir namun anak Chef Wan itu puas hati.
Kata Serina, banyak perkara yang dipelajari selama beberapa minggu berada dalam program terbitan Astro itu.
“Walaupun bapa dan abang adalah chef, saya ini tidaklah pandai memasak seperti mereka tapi masak untuk makan sekeluarga itu bolehlah.
“Banyak ilmu yang saya pelajari dan benda-benda yang tidak pernah buat di rumah. Kalau selama ini saya tidak pernah masak udang kara, masuk MasterChef kena masak. Kelam kabut juga sebab selama ini makan udang kara di restoran saja," katanya ketawa.
Sebaik tersingkir daripada program itu, Serina terus turun padang untuk rakaman Jaguh Kampung musim ke-2.
“Katalah saya berjaya sampai ke akhir program MasterChef, sudah tentu tidak dapat buat Jaguh Kampung. Apa-apa pun saya gembira kerana berpeluang melakukan program makan-makan ini," katanya.
Ibu kepada Tristan Tareef, 2, dan Isabella Saffiya, lima bulan itu bukan sahaja sibuk di lokasi malah dia juga sibuk sebagai penerbit menerusi YKS Film Maker Sdn. Bhd., yang diterajui bersama Yusuf Kelana.
“Tahun ini saya nak kembangkan perniagaan terutama dalam penerbitan dan produk kecantikan kerana saya adalah duta untuk produk kecantikan C’est Belle, keluaran tempatan.
“Itulah, bulan puasa ini saya cadang nak buka gerai kat Bukit Jalil, nak jual produk kecantikan dan biskut raya yang saya buat sendiri," ceritanya.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment