Tuesday 26 June 2012

Sasarkan Penonton Asia, Namewee Bakal Tampil Dengan Filem Ketiga

Dengan filem pertama beliau pun, Namewee telah berjaya menambat hati juri di Osaka, Jepun dengan memenangi ‘Best Asian New Director’. Ini ada projek baru.

Belum pun filem kedua beliau berjudul Hantu Gangster muncul di’pawagam, Namewee kini telah memulakan proses produksi filem ketiga beliau berjudul Kara King.

Filem ketiga beliau ini agak besar cita cita’nya apabila bakal menelan belanja produksi sebanyak RM3 juta dan mengambil lokasi sekitar Malaysia, China & Hong Kong.

Menariknya, filem Kara King akan di’bintangi oleh seorang penyanyi Taiwan popular Gao Ling Feng & juga pelakon senior Hong Kong yang pasti anda kenal, Ng Mang Tat.

Menurut penerbit Fred Chong penggambaran akan selesai sekitar Julai ini untuk bahagian Malaysia sebelum bergerak ke Guangzhou, China dan juga Hong Kong.

“Filem menyentuh perasaan ini berkisar tentang bagaimana muzik boleh menjadi medium perapat hubungan antara anak & ayah dan saya rasa bertuah kerana pelakon kegemaran saya Ng Mang Tat dapat berlakon sebagai ayah dalam filem ini,” ujar Namewee ketika majlis pelancaran filem Kara King. (via Yahoo! News)

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”