Tuesday 19 June 2012

Lelaki Buah Zakar Besar Tolak Pembedahan


Las Vegas – Seorang lelaki yang mempunyai buah zakar paling besar iaitu seberat 100 pound menolak untuk melakukan pembedahan secara percuma bernilai $1 juta dolar bagi membetulkannya semula, kerana alat sulitnya itu telah menjadikannya terkenal.

Wesley Warren Jr menolak tawaran tersebut biarpun terpaksa membawa buah zakar yang bersaiz seperti tembikai itu ke mana sahaja.

Namun kerana keadaan ganjil itulah, dia menjadi terkenal dan mendapat perhatian banyak pihak selain dijemput muncul dalam beberapa program di televisyen.

Dia setakat ini telah muncul dalam program Howard Stern Show dan Comedy Central serta telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam satu dokumentari yang bakal diterbitkan khas mengenai dirinya.

Selain itu dia juga bimbang akan berdepan dengan risiko tinggi termasuk maut sekiranya pembedahan itu dijalankan.

Jika Wesley bersetuju, pembedahan itu akan dilakukan oleh seorang pakar, Dr. Joel Gelman daripada Universiti California dan ia akan dijalankan di Nevada dengan semua kos ditanggung oleh pihak berkenaan.
Wesley menghidap scrotal elephantiasis, iaitu satu penyakit yang biasanya berlaku di Afrika dan Asia Tenggara disebabkan oleh jangkitan parasit.

Buah zakarnya membengkak disebabkan oleh cecair dan doktor perlu membuang tisu berlebihan sebelum membina semula buah zakarnya itu.

Pendirian Wesley itu berbeza dengan kenyataan yang diberikannya kepada sebuah journal, Las Vegas Review pada bulan Oktober tahun lalu.

Dalam temu bual itu, dia amat berharap dapat mengembalikan buah zakarnya kepada bentuk asal.
Ini kerana selain memalukannya, dia juga terpaksa menanggung kesakitan di bahagian alat sulitnya.
Jelasnya, keadaan itu memaksa dia memakai sarung khas apabila keluar di tempat awam .

Selain itu, dia juga mahu menjalinkan semula hubungan romantik dengan wanita .
“Saya tidak mahu kelihatan seperti orang pelik,’ ujarnya kepada Las Vegas Review.
Selepas berita mengenai keadaan ganjil itu dikeluarkan oleh journal tersebut, Wesley menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian banyak pihak.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”