Wednesday, 18 July 2012
Inilah Gambar Yang Pertama Sekali Di Upload Di Internet
Gambar apa yang pertama kali diposting ke internet? Jawapannya adalah foto sebuah kumpulan muzik berikut ini yang diupload tepat 20 tahun lalu.
Pada tahun 1992, teknologi World Wide Web di internet terus dikembangkan makmal CERN di Geneva, Switzerland. Penemunya adalah Sir Tim Berners Lee, ilmuwan berbangsa Inggeris.
Nah, Tim Berners pula yang menambah gambar pertama ke dunia maya. Gambar yang dipostingnya adalah kelompok musik bernama Les horribles Cernettes. Kumpulan muzik ini adalah kelompok seni yang anggotanya terdiri dari para pegawai CERN.
Gambar berkenaan sempat diedit di Photoshop sebagai fail. Gif. Gambar dijepret oleh Silvano de Gennaro, seorang developer IT di CERN pada 18 Julai 1992.
"Ketika sejarah terjadi, anda tidak tahu bahawa anda turut berada di sana," kata Gennaro mengenang turun foto tersebut, seperti dipetik dari NYDailyNews, Jumat (13/7/2012).
Berners Lee berteman dengan salah satu anggota kumpulan muzik dalaman tersebut, Colette Marx Nielsen. Ketika Berners Lee mulai mengembangkan versi baru World Wide Web yang support foto, dia pun bicara pada Gennaro dan memutuskan foto itulah yang akan cuba diupload.
Gambar itu pun berjaya diupload ke laman web CERN tanpa halangan berarti. Gambar ini akhirnya menjadi tonggak sejarah tersendiri dalam perkembangan internet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment