Wednesday 18 July 2012

Panglima Angkatan Tentera isytihar berhenti merokok



KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 anggota tentera di seluruh negara wajar mencontohi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin (gambar) yang mengisytiharkan bahawa beliau berhenti merokok mulai semalam.
Berusia 58 tahun, Zulkifeli yang merupakan perokok tegar mengambil keputusan tersebut kerana mahu seluruh anggota tentera tidak membazirkan wang untuk membeli rokok yang merosakkan kesihatan.
Langkah tersebut, kata beliau, adalah selaras dengan Kempen Perangi Rokok yang dianjurkan ATM ketika ini.
“Ramai anggota tentera yang merokok sedangkan ia amalan tidak sihat dan boleh menjejaskan fizikal serta kesihatan mereka.
“Sebelum ini saya seorang perokok tegar tetapi sempena kempen perangi rokok anjuran ATM yang sedang diadakan, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi merokok.
“Jika tabiat ini tidak dihentikan dalam kalangan ATM, ia bukan sahaja mengganggu tahap operasi malah wang turut dibazirkan semata-mata untuk membeli rokok,” katanya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”