"Di sini saya tampil untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya. Semua ini tak masuk akal untuk saya lakukannya. Saya sangat sedih dan tertekan dan tidak boleh tidur apabila memikirkan atas apa yang berlaku ini", jelas Joey ketika di sidang media khas yang diadakan di Wisma MCA, hari ini.
Gadis berusia 26 tahun ini hadir ke Wisma MCA pagi ini untuk membuat aduan sekaligus mendapatkan nasihat bantuan bagi menyelesaikan kontroversi yang dihadapinya itu.
Joey bersama Datuk Seri Michael ChongJoey bersama Datuk Seri Michael Chong
Joey yang hadir ditemani ibunya berkata, dia mendapat tahu beberapa keping gambar seeksinya serta gambar ibunya telah tersebar di laman internet melalui rakan yang memaklumkan kepadanya pada 30 Mei lalu.
Lebih menyedihkan gambar-gambar tersebut berserta dengan pesanan mesej yang berbaur lucah lagi menghairahkan, mengatakan yang dia sedia menawarkan khidmat seeks 24 jam dengan syarat, jikalau dibayar dengan harga lumayan. Malah pada beberapa gambar tersebut juga tertera nombor telefonnya.
Sejurus model kelahiran Pulau Pinang mengetahui berita tersebut, atas bantuan rakannya akaun Facebook juga Twitter berkenaan telah dapat disekat dan akhirnya ditutup. Bagaimanapun gambarnya masih tersebar luas di laman-laman blog.
"Gambar-gambar tersebut adalah gambar original yang diambil dari fanpage Facebook saya. Saya tidak tahu siapakah individu yang menyamar sebagai saya itu. Tetapi naluri saya kuat mengatakan dia daripada kalangan mereka yang berada dalam bidang yang sama dengan saya. Pihak tersebut melakukan kerana mungkin cemburu dengan kejayaan saya sekarang".
Sejak hari itu model dari Simones Modelling Agency ni menghadapi tekanan berikutan dia menerima sebanyak lebih 100 kali panggilan dalam sehari daripada individu-individu yang tidak dikenali, memintanya memberikan khidmat seeks.
Kesannya, Joey kini mengalami penderaan mental yang sangat teruk dan hampir memusnahkan reputasi baiknya dalam dunia peragaan. Apatah lagi dia dikenali diperingkat antarabangsa dan mempunyai ramai pengikut di laman Facebook.
Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menyifatkan perbuatan keji dengan menjatuhkan maruah orang lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini disifat sebagai pengecut. Justeru satu laporan polis akan dibuat dan tindakan sewajarnya akan di ambil terhadap perbuatan terkutuk pihak terbabit.
"Individu yang tidak bertanggujawab ini adalah seorang yang sangat pengecut! Kalau betul dia nak merosakkan nama baik dia (Joey) seorang, kenapa mesti melibatkan ibu serta ahli keluarga Joey. Mereka tidak tahu apa-apa. Tidakkah pihak tersebut terfikir kalau lah ianya terjadi kepada diri atau ahli keluarganya, apa perasaannya?
"Kalau dilihat pada ayat-ayat yang tertera di blog-blog tersebut, ia seperti perbuatan daripada seorang wanita yang mungkin bermotifkan cemburu",
"Pihak kami juga akan membuat laporan polis secepat mungkin serta mengambil tindakan undang-undang untuk menangani kes ini", ujarnya.
Menurut Micheal Chong juga, tahun lalu sebanyak lapan kes sebegini telah dilaporkan iaitu enam kes melibatkan mangsa wanita dan dua kes lagi melibatkan mangsa lelaki. Manakala ini kes yang pertama dalam tahun ini.
No comments:
Post a Comment