Monday, 30 July 2012

Isteri Dirogol Akibat Dendam Pada Suami

Isteri dirogol akibat dendam pada suami : Sangat menyayat hati apabila seorang isteri dirogol akibat dendam pada suami.
‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Demikianlah mesej pada secebis nota yang ditinggalkan dua orang lelaki dihadapan pintu rumah selepas merogol seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang Jumaat lalu itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota tersebut dipercayai ditujukan atas dasar dendam kesumat kepada suami mangsa yang tiada dirumah ketika itu.

Sumber berkata, ketika kejadian tersebut, mangsa bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua orang lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat magsa menjerit untuk meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya pula ditutup dengan kain,” katanya

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”