Monday, 30 July 2012

Ulat Dalam Hidangan Malam Hospital Swasta


Ulat Dalam Hidangan Malam Hospital Swasta : Apa perasaan anda bila, anda temui ulat dalam hidangan malam anda disebuah hospital swasta?

Begitulah yang dialami seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta apabila hampir-hampir sahaja termakan ulat yang dihidangkan kepada beliau ketika menikmati hidangan malam.

Mohamad Naim Ishak, 29, merupakan seorang pekerja hotel di Batu Feringghi telah dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami masalah usus.

Menurut beliau, sepanjang beberapa hari dimasukkan ke hospital itu kebanyakan makanan yang dihidangkan kepada beliau kurang memuaskan.

“Kemuncaknya apabila pada hari terakhir berada di wad, saya dihidangkan sayur dan juga ayam. Ayam yang diberikan masih mentah dan tidak masak sepenuhnya, sementara ketika saya mengangkat sayur untuk dimakan, tiba-tiba ulat keluar dari celahan sayur dan saya amat terkejut,” katanya.

Pengalaman beliau yang pertama berada di hospital itu menjadi mimpi ngeri bagi Mohamad Naim. Dia kemudiannya membuat aduan kepada pihak hospital setelah merakam semua gambar makanan menggunakan telefon bimbitnya. Pihak hospital kemudiannya bersetuju untuk bertemu dan menyelesaikannya dengan cara baik.


Mohamad Naim berkata, dia kemudian dibawa ke kantin hospital dan kakitangan dari Kuala Lumpur memintanya untuk menyelesaikan perkara itu di luar sahaja, tetapi malangnya sehingga sekarang masih tiada berita diterima.

“Bagi saya ini melibatkan ancaman kesihatan kepada pesakit kerana saya mengalami cirit birit selama tiga hari selepas makan sayur dan ayam itu,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan acuh tidak acuh pihak hospital swasta itu, mangsa kemudiannya membuat laporan ke Pejabat Kesihatan negeri. Mohamad Naim menegaskan dia bukan mahu mencari publisiti, sebaliknya mahu menjadikan kisahnya sebagai teladan.

“Walaupun bil hospital saya dibayar melalui insurans, tetapi ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Saya juga membayar insurans bulanan dengan harga yang mahal. Kita bayar perkhidmatan mahal tetapi layanan dan makanan yang diberikan tidak sepadan,” katanya.

Sebuah akhbar harian, Sinar Harian kemudiannya cuba mendapatkan pandangan Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh. Dia kemudiannya mengarahkan wartawan mendapatkan pandangan seorang kakitangan kesihatan, namun gagal dihubungi.

Ulat Dalam Hidangan Malam Hospital Swasta




1 comment:

miss yatie said...

eee.....teruknya, dahlah swasta, bayar mahal, macam tu pulak servisnya

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”