Thursday, 5 July 2012
Malaysia Top 2 Dalam Peratusan Rakyat Mempunyai Akaun Twitter Dunia?
Twitter ialah medium kegemaran aku sekarang. In fact aku lebih banyak bertweet di akaun @1Obefiend dari blogging sejak beberapa tahun yang lalu. Pernahkan anda tertanya-tanya negara manakah yang paling banyak berkicau di dunia? Malaysia ditangga ke berapa?
Institut Internet Oxford melakukan kajian berkenaan tahitwitter sedunia Mac lalu dan mereka mengeluarkan hasil kajian mereka semalam. Tahukah anda Malaysia ialah negara ke 6 paling gila Twitter! Jelas media sosial ini amat digemari di Malaysia. Institut Internet Oxford juga meletakkan Malaysia dan Brazil sebagai dua negara yang mempunyai peratusan PENTWITTER tertinggi dikalangan rakyatnya! Hebat.
Berikut ialah ranking negara paling banyak berkicau menurut mereka
USA
Brazil
Indonesia
United Kingdom
Mexico
Malaysia
Pasukan bolasepak kita mungkin jatuh 3 anak tangga FIFA baru-baru ini tetapi di dalam dunia media sosial kita top 6 dari segi jumlah tweet yang dihantar dan TOP 2 dari segi peratusan populasi yang mempunyai akaun twitter. Malaysia boleh! Jom join Twitter! Follow saya di @1Obefiend!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment