Penipuan dan pencurian kad kredit kini menjadi masalah utama dalam kes jenayah komersil.
Ia berlaku di mana-mana waima di negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri hingga menyebabkan pihak berkuasa mereka menjalankan pelbagai operasi dan tangkapan terhadap suspek-suspek kes jenayah berkenaan.
Namun tidak lama dulu, ada satu kes yang benar-benar menggemparkan warga Uncle Sam tersebut.
Seorang wanita, Ann Hernandez berusia 46 tahun telah dikesan berbelanja sebanyak USD5,000 dengan menggunakan kad kredit yang dicurinya.
Ann kemudiannya berjaya ditahan namun tiada bukti yang menunjukkan dia terlibat dengan kes tersebut.
Namun setelah soal-siasat terperinci dilakukan, Ann kemudiannya mendedahkan satu perkara yang benar-benar mengejutkan pegawai polis yang menyiasat kes kecurian kad kredit berkenaan.
Dia akhirnya mengaku menyimpan kad kredit dan lesen memandu mangsa jenayahnya itu di bahagian ‘paling sulit’ – di dalam farajnya sendiri!
(inilah kad kredit dan lesen memandu yang dicuri oleh Ann sebelum dia menyembunyikannya di dalam kemaluannya)
Dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencuri dan menipu.
Turut ditunjukkan pada mahkamah adalah ‘bahan bukti’ yang ‘tersimpan rapi’ di dalam ‘organ rahsianya’ itu.
Macam-macam hal!
No comments:
Post a Comment