Thursday, 5 July 2012
Ranking FIFA Harimau Malaya menjunam lagi ke tangga 157
KUALA LUMPUR - Keputusan satu seri dan satu kemenangan dengan Singapura pada perlawanan persahabatan antabangsa baru-baru ini menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam apabila berada di tempat ke-157 dunia.
Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbangan Datuk K. Rajagobal itu merosot tiga anak tangga berbanding 154 pada bulan lepas.
Penurunan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni kedudukan ke-148 pada anuari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April, 153 (mei) dan tangga ke-154 bulan lepas.
Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Cuba (150), Bangladesh (151), Palestin (154) dan Kepulauan Faroe (155) yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (153).
Pada peringkat Asia, Malaysia turun satu anak tangga ke kedudukan ke-28 daripada 46 negara.
Sementara itu, Sepanyol, yang menjuarai Kejohanan Eropah (EURO 2012) baru-baru ini, terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,691 mata.
Jerman, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, merampas tempat kedua daripada Uruguay selepas mengumpul 1,502 mata berbanding pasukan Amerika Selatan itu yang mengumpul 1,297 mata.
Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 negara. - Bernama
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment