Thursday, 12 July 2012

ROBOCOP kembali


Masih ingat lambang ni...syarikat keselamatan swata pertama didunia. Dari tentera hingga ke polis diswastakan...tak pernah dibuat. Sah2 gila kalau jadi macam ni. Bila polis dah macam keja pejabat...nanti kerja lebih masa boleh 'claim'.
Mungkin tu hanya wujud di layar perak...dunia nyata insyallah tak, dan diharap takkan ada la. Cukupla sekadar jaga bank je tupun kekadang fail gak. OmniCorp, syarikat pembekal senjata api dan kelengkapan keselamatan mulai mengumumkan produk terkini dorang. Dari satu mesin besar bersenjata berkaki 2 hingga ke pesawat peninjau...semua ada di OmniCorp.



Tentu korang ingatkan benda alah atas ni...ED-209, rekaan terbaru untuk filem yang di restart ROBOCOP. Nampak lebih gagah dan lebih 'wujud' dari yang lama...namun masakan ada yang baru kalau takda yang lama.



Filem terbitan Columbia Picture dan MGM telah memberi  'pandang pertama' (first look) pada pengujung minggu komik dan banyakla yang tertarik dengannya. Disamping tu turut dilancarkan trailer filem yang bakal keluar Ogos 2013...pehh lama lagi la.

Agak unik trailer kali ni....daripada buat sedutan filem ia lebih kepada profil syarikat OmniCorp. Siap buat laman web khas yang pada dasarnya tak wujud pun syarikat ni. OMNICORP.COM




Bagi projek ni, khabarnya seorang artis bebas dipilih mereka semula semua robot2 dan rekaan konsep cerita. Jason Hazelroth pereka bertanggungjawap telah bermula semenjak 2008 lagi...ternyata hasilnya takla begitu menghampakan. Ada yang berpendapat hasilnya  macam gabungan Iron-Man dengan Tron...kauorang rasa camne, sama ke?.

Diarahkan oleh Jose Padilha, seorang pengarah biasa2 je dari Brazil, dibantu plak barisan pelakon hebat seperti Joel Kinnaman, Gary Oldman, Samuel L. Jackson dan Hugh Laurie...diharapkan jadi super hit...kembalikan kegemilangan mat robot suatu masa dulu.

Lihat Video:

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”