Thursday, 12 July 2012

Ummi Hafilda Perlu Sedar Diri Dan Hentikan Sikap Rakus Anda awattttt.......!


Cukup cukuplah Ummi Hafilda, cukup lah jadi bangkai dalam arena politik Malaysia ini. Baik dari UMNO ataupun BN ataupun mana mana NGO rasanya Ummi Hafilda perlu sedar bahawa apa yang ada pada beliau hari ini tidaklah sempurna mana.

Gomo kenal Ummi Hafilda ini dan memang tidak dapat dinafikan kerana beliau lah maka ramai tahu siapa Anwar Ibrahim dan hubungan SUMBANG Anwar Ibrahim dan Shamsidar isteri Azmin Ali. Tapi itu semua tidak memberikan kelebihan buat Ummi Hafilda untuk menindas pemimpin UMNO dengan tuntutan yang tidak munasabah.

Ummi Hafilda perlu sedar berada nya beliau dipentas pentas ceramah hari ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh Wanita UMNO pada peringkat awal. Benar Ummi Hafilda diberikan peluang berceramah namun sudah sampai masaanya tunjuk lagak Umi Hafilda ini disedarkan agar beliau sedar dimana bumi dipijak dimana langit dijunjung.

Gomo sendiri pernah MEMAKI HAMUN Ummi Hafilda satu tika lalu berkaitan isu Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan NFCorp. Malah Ummi Hafilda mengadu akan apa yang Gomo Maki Hamun beliau kepada rakan blogger lain seperti Parpu Kari, Gerak Anti PKR, Medan Info Kita, RBF Online dan juga Flying Kick. Tapi itulah Papa Gomo memang tidak suka jika pemimpin dihina oleh orang yang bertapak atas pentas wanita tetapi memaki hamun Ketua Wanita UMNO.

Gomo menyanjung pengorbanan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda dalam membongkar siapa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tetapi dalam masa yang sama Gomo meluat dengan karenah Ummi Hafilda yang begitu angkuh dan bongkak atas kapasiti beliau yang kononya penceramah terunggul.

Ummi Hafilda, jika benar kita berjuang biar kerana keikhlasan. Kami ni para blogger sejak 2008 lagi berjuang dan sampai sekarang pun tidak ada sebarang Reward dari pihak UMNO untuk diagihkan kepada kami. Jangan kata nak hargai kami dengan kemewahan malah serba serbi pun tidak kami rasainya. Tetapi itu tidak menjadi pematah semangat kami untuk terus membantu UMNO dalam memastikan gerombolan rejim Pakatan tumbang pada PRU 13 kelak.

Buat Ummi Hafilda diharap kembali kepada landasan perjuangan anda yang sebenar. Jangan kerana kemaruk wang ringgit dalam siri ceramah anda maka anda semakin buas meraih pendapatan. Gomo yakin pihak UMNO ataupun NGO sedia membantu tetapi biarlah berpatutan jika kita benar benar ikhlas dalam perjuangan.

Jadikan apa yang berlaku ini satu pengajaran untuk semua agar disatu masa lain pekara sebegini dapat kita beringat dan jangan kita mengikuti syarat merepek meraban seperti mana yang diminta oleh Ummi Hafilda.

ni pulak video umi hafilda kantoi.....


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”