Thursday, 12 July 2012

Pelakon lelaki ambil kesempatan ke atas bakal tunang!



Tinggal beberapa hari lagi khabarnya pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta ini dikatakan bakal bertunang. Terkejut juga Malaysia apabila mereka mendengar khabar itu.

Kalau sudah namanya selebriti dan pula percintaan mereka mula menjadi buah mulut ramai, pasti ada kisah yang kurang senang disampaikan dari mulut ke telinga.

Khabarnya, pelakon lelaki yang tidak kurang popularnya ini sebenarnya tiada niat untuk mengahwini kekasih beliau kini dan idea bertunang pun datang dari si perempuan.

Namun lelaki ini gemar terus berpacaran dengan kekaish beliau itu kerana khabarnya si perempuan sanggup melakukan apa sahaja demi pelakon ini — dan dari segala segi.

Baru baru ini di sebuah lokasi penggambaran, krew produksi yang ada agak jelak dengan perangai pelakon lelaki ini yang mengarahkan kekasih’nya untuk buat macam macam perkara.

Jika tidak mengetahui yang mereka ini pasangan kekasih, pasti orang akan sangka si perempuan ini merupakan pembantu peribadi atau pekerja bawahan pelakon lelaki ini. Tetapi, bak kata orang, kalau sudah cinta dan sayang itu menebal, katakan apa sahaja bukan hati ingin peduli lagi.

Cuma kalau si perempuan ini sedar yang pelakon lelaki ini hanya mempergunakan beliau, ada baiknya hubungan yang ada dinilai semula. Takut sudah terlajak jauh, baru sedar yang mereka tersalah haluan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”