LONDON : Seorang pondan mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa selepas permohonannya untuk mendapatkan pembiayaan membesarkan buah dada ditolak.
Miranda Lee, 40, dari Southend, Essex, yang sudah menjalani pembedahan membuang organ lelaki dan menjalani proses mengubah suara masih tidak berpuas hati dengan keadaan payu daranya yang dianggap kecil dan menyebabkan dia masih belum menjadi wanita tulen.
“Saya masih kekal separuh lelaki, separuh wanita,” kata Miranda.
Pembedahannya sebelum ini yang menelan belanja 60,000 paun (RM293,000) ditanggung oleh pihak berkuasa sementara pembesaran payu dara yang hendak dilakukan dianggarkan berjumlah 8,000 paun (RM40,000) lagi.
Dia sudah memohon bantuan perundangan untuk mennyaman Yayasan Penjagaan Utama Essex Tenggara kerana keengganan yayasan itu membiayai pembedahan membesarkan payu daranya.
No comments:
Post a Comment