Tuesday 17 July 2012

Suami isteri terbakar ketika tidur



PEKAN – Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi, ibu kandung dan bapa tiri Mohd. Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata, dia yang berada di ruang tamu terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya.
“Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” kata gadis itu.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”