Tuesday 17 July 2012

(Video 18 SG) Wanita dipukul, ditelanjang, didera dengan puntung rokok oleh sekumpulan lelaki


Seorang wanita telah dibuli dengan ganas oleh sekumpulan samseng yang menyerangnya ketika beliau meninggalkan sebuah bar di India.

Insiden lewat malam yang berlaku di bandar Guwahati utara negara itu telah menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap tindakan polis yang lembab setelah video tersebut di muat naik ke internet.

Video yang dirakamkan oleh seorang wartawan yang sudah tamat tugasnya pada ketika itu menyaksikan sekurang-kurangnya 20 orang lelaki dilihat menarik rambut dan menolak-nolak wanita tersebut hingga beliau jatuh ke tanah.

Amat mengejutkan apabila tiada seorang pun yang datang tampil untuk membantu wanita tersebut. Dilaporkan juga, sepanjang penyeksaan 30 minit yang ditanggung oleh wanita berkenaan, beliau turut cuba dibogel dan dipukul.



Beberapa suspek telah pun dikenal pasti dalam video tersebut dan mereka sekarang diburu oleh pihak polis.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”