Thursday 16 August 2012

Aaron Aziz Layan Korek Hidung


PELAKON berasal dari Singapura dan pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz mencetuskan kontroversi apabila dia didapati sedang mencungkil hidungnya menggunakan sebuah pedang dalam keadaan berlumuran darah dan berpakaian seperti seorang pahlawan.


Namun tidak perlu ghairah, kerana ia hanyalah satu aksi yang dipaparkan dalam filem terbaru lakonan Aaron Aziz berjudul Ngorat. Aksi tersebut juga bukan dilakukan ketika berpuasa.


Bersesuaian dengan gambar yang agak sinikal, Aaron Aziz memainkan watak sebagai Arjuna Kasih, watak khayalan Ijam (Iedil Putra) yang diberikan masa 40 hari untuk mendapatkan seorang ‘awek’ atau dia akan bertukar menjadi lembut sekiranya gagal.



Filem terbitan Grand Brilliance yang akan menggegarkan panggung pada 4 Oktober tidak lama lagi. Turut dibintangi Erra Fazira, Nas-T, Zain Hamid dan Dira Abu Zahar. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikannya

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”