Thursday, 16 August 2012

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH


MUQADDIMAH

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi.Segala pujian bagi Allah sebenar-benar pujian,Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhluk-Nya.Penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya serta para pengikutnya.

Ketahuilah~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan~ Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia,maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak .

Sabda Rasulullah s.a.w : " Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut. "

Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira,kerana para Mlaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan. Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada " bidayah" ( permulaan ) dan ada pula nidayah ( kesudahan ) dan ada zahir dan ada pula batinnya,dan engkau tidak akan sampai kepada nihayatul hidayah dan engkau tidak akan menyelami batin hidayah kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan "zahir hidayah" itu.

Di dalam kitab ini akan disebut " Bidayatul Hidayah " ( permulaan jalan menuju hidayah ) supaya engkau cuba mengamalkannya pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hatimu. Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikuti arahannya dan dia dapat memberikan perhatian yang sewajarnya,maka nanti engkau akan sampai kepada " nihayatul hidayah " hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas itu. Tetapi jika engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat lambat dalam melaksanakan perintah-Nya maka ketahuilah bahawa kecendurunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam macam tipu helah. Sehingga engkau akan terjerumus kedalam jurang kecelakaan.

Syaitan sebenarnya bermaksud supaya engkau melakukan kejahatan pada hal engkau mengira bahawa engkau telah berbuat kebaikan,maka engkau dengan syaitan itu telah berjaya memperdayakan engkau dan ia telaj berjaya mengumpulkan engkau bersama-sama dengan golongan yang disebutkan di dalam ayat yang berbunyi : 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? .(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan"......................​..AL-KAHFI : 103 ~ 104.

Ketika itu syaitan sangat pandai mengajar engkau akan kelebihan ilmu dan darjat para ulama dan ia mengajar engkau beberapa kelebihan mencari ilmu yang telah disebut didalam hadis dan juga perkataan para ulama,sedangkan syaitan dengan sengaja melupakan engkau daripada seumpama sabda Nabi s.a.w. : 

" Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya ( amalannya ) tidak bertambah,maka ia hanya jauh daripada rahmat Allah."
(...hadis riwayat : Abu Mansor Ad Dilami dalam Musnad Al-Firdausi dengan sanad yang dhaif....)

Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Nabi s.a.w : 

" Orang yang paling dashat siksaannya pada hari kiamat nanti ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."......HR : At Tabrani fil Soghir daripada Abu Hurairah.

.Rasulullah s.a.w selalu berdoa : " Ya Allah aku berlindung dengan engkau daripadfa ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat dan daripada doa yang tidak didengar ( tidak dimakbulkan )."

Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Rasulullah s.a.w. 

" Aku melalui pada malam aku diisrakkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api. Maka aku bertanya : siapakah kamu ini ? mereka menjawab : Kami adalah orang yang menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya.".....HR IBNU MAJAH.

Maka berhati hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu muslihat syaitan dan jangan engkau tunduk kepada tipuannya. Syaitan sangat pandai memerangkap engkau ( dengan menyetujui mencari ilmu ) pada hal sebenarnya ia telah memperdayakan engkau ( dengan memesongkan niatmu ) maka celaka bagi si jahil sekali kerana ia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim seribu kali celaka apabila ia tidak mengamalkan ilmunya.

Dan ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada 3 keadaan :
> Pertama : Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk didalam golongan beruntung.

>Kedua : Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan segera dunia dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari akan hal itu dan merasakan didalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini berada didalam keadaan berbahaya.Jikalau dia mati dalam keadaan belum sempat bertaubat maka dibimbangi ia mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudia urasannya terserah kepada Allah.Tetapi kalau dia mendapat taufiq sebelum kematiannya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmunya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai.Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

 >Ketiga : Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmunya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megah dengan kedudukkan dan merasa bangga dengan ramainya pengikut. Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian dia masih lagi terpedaya dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya termasuk didalam golongan orang yang baik baik.

" Wahai orang orang yang beriman , kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan ? "......................surah Al-Shaf : 2.

Dan orang ini sebenarnya termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya : 

"Selain daripada Dajjal ada satu lagi perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal. " Lalu ada orang bertanya : " Apakah itu wahai Rasulullah ?" Nabi s.a.w menjawab : " Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat."

Dajjal itu tujuannya sudah jelas untuk menyesatkan manusia,tetapi Ulama Su' ini walaupun lidahnya pandai memalingkan orang lain daripada cinta dunia,namun amal dan perbuatan mereka mengajak orang lain membuat kejahatan kerana amalan seseorang itu lebih lebih berkesan daripada percakapan.Dan orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan Ulama ini tadi daripada perkataan mereka.

Maka para penuntut-maka jadikanlah dirimu bersama dengan golongan yang pertama dan hati-hatilah supaya engkau tidak termasuk didalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut oleh kematian sebelum dia sempat bertaubat lalu rugilah dia.Dan janganlah sekali engkau termasuk kedalam golongan yang ke-3 maka engkau akan terjerumus kedalam jurang kebinasaan yang tidak diharapkan dapat diselamatkan atau diperbaiki lagi.

Maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah " takwa yang zahir" dan " nihayatul hidayah" itu ialah "takwa yang batin" dan syurga itu tidak akan dicapai kecuali takwa. Dan tidak ada petunjuk kecuali bagi orang yang menyediakan dirinya untuk bertakwa. Dan takwa itu terbahgi kepada 2 :
1 . Menjunjung segala perintah Allah ( melaksanakan ketaatan )
2 . Menjauhi segala larangan Allah ( meninggalkan kemaksiatan ).

Kitab Bidayatul Hidayah

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”