Berita mengejutkan dunia, seorang budak di Britain menjadi bapa pada usia 13 tahun. Alfie Patten dan teman wanitanya yang berusia 15 tahun, Chantelle Steadman melakukan seks dan mungkin takde duit nak beli kondom, dan beberapa bulan kemudian mereka mendapati Chantelle telah mengandung.
Pada mulanya, pasangan tersebut mahu menggugurkan anak mereka tapi disebabkan ketiadaan duit, mereka berhasrat untuk meneruskan kandungan sehingga bayi mereka dilahirkan.
Giler babeng weeeehhh!!! Kecik-kecik dah pandai buat anak!!! Muka si Alfie ni macam baby face, tak macam budak 13 tahun, tapi perangai gatai lebey-lebey!!!
Ibu bapa Chantelle pada mulanya tidak tahu yang anaknya mengandung, sehinggalah dia melihat perubahan badan pada Chantelle dan beratnya yang semakin naik. Chantelle mudah naik loya dengan pemakanan dan akhirnya ibu bapa mereka membawa Chantelle ke klinik, dan doktor mengesahkan yang Chantelle mengandung.
Muka Couple Yang Lahirkan Anak Luar Nikah
Ibu bapa Chantelle telah berjumpa dengan ibu bapa Alfie tentang perkara tersebut. Haaa!!! Kena belasah ke Alfie??? TAKKKKK LANGSUNG!!! Sebaliknya mereka menyokong tindakan Alfie untuk teruskan kandungan Chantelle. Kononnya, di Britain masalah pengguguran anak berleluasa di sana dan tindakan Alfie dan Chantelle itu adalah contoh terbaik remaja yang patut lakukan apabila beromen dan tak memakai kondom yang boleh menyebabkan terlahirnya anak luar nikah.
Bayangkan, nak beli kondom pun payah, camne la gamaknya Alfie dan Chantelle nak sara anaknya nanti??? Menurut laporan akhbar,
"“I didn’t think about how we would afford it. I don’t really get pocket money. My dad sometimes gives me £10.”
Faham tak apa dia cakap??? Dia cakap, dia tak peduli tentang macam mana nak sara anaknya nanti. Hakikatnya, ayah dia sendiri pun kadang-kadang kasi dia 10 pound untuk belanja diri sendiri.
No comments:
Post a Comment