Pergi la blogwalking kat mana-mana blog, pasti korang akan cakap, kenapa aku asyik masuk blog wanita jeeee.. Boleh dikatakan setiap kali blogwalking dalam satu-satu masa percentage owner blog tu adalah wanita. Tul tak??
Tak cukup dengan tu, blogger wanita lebih ramai follower kalau nak dibandingkan dengan blogger lelaki tambah-tambah kalau blogger lelaki tu tak hensem, perut berlipat dan ketiaknya berbulu. Lagi yang blogger lelaki takde follower tu mesti blogger yang tak hensem, perut berlipat tapi posing konon-kononnya dia tu hot. Errrrr... tul tak tul tak???
Edisi kali ni, kami nak rungkaikan kenapa lebih ramai blogger wanita di Malaysia ni berbanding blogger lelaki???
1) Perempuan suka kongsi cerita
Tak kisahlah cerita happy ke, cerita sedih ke, wanita pastinya akan berkongsi dengan pembaca-pembaca setia tentang perkara yang berlaku dekat diri dia. Di Malaysia ni, ramai stalker. Stalker ni cukup suka baca kisah-kisah hidup orang terutamanya blogger yang letak gambar peribadi dekat blog.
2) Blog perempuan cantik, ada lip lap lip lap, ada banyak gambar
Kalau nak dibandingkan dengan blogger lelaki, blogger wanita lagi terror dalam menghias blognya secara melampau-lampau. Blogger lelaki selalunya ringkas dan tak suka tampal gambar-gambar yang banyak dalam blog mereka. Jadi, pembaca yang membaca blog lelaki pasti cepat bosan, so last-last blogger lelaki tu rasa sia-sia je buat blog dan akhirnya mereka decide untuk close je blog mereka tu.
Blogger Wanita Posing Macam Ni Je Dah Boleh Dapat 20 Follower
3) Blogger perempuan lebih originaliti.
Blogger lelaki ni kebanyakannya plagiat. Copy article orang paste kat blog sendiri. Jadi kat situ tiada uniknya blog tersebut menyebabkan blog tak laku dan akhirnya blog tu dibiar bersawang. Perempuan kebanyakannya ada je celoteh nak diceritakan. Cerita mak marah kat entry pun ada je stalker yang anonymous beri komen.
4) Perempuan lebih suka terlibat dalam dunia internet
Tengok sendiri pengguna facebook, siapa lebih ramai guna facebook? Lelaki ke perempuan?? Haaaa, perempuan... Sama jugak macam blogging. Lelaki suka main game online instead of facebook or blogging. Lelaki juga suka tengok youtube or online streaming video.
Kalau Blogger Laki Posing Macam Ni, Belum Tentu Boleh Dapat 1 Follower Pun
5) Rumah lelaki jarang ada internet tapi ASTRO konfem ada
Kebanyakan lelaki belum tentu punyai laptop. Kalau ada laptop pun, belum tentu ada internet dekat rumah. Tapi kalau perempuan, laptop ni umpama kemestian yang kena ada, plus internet termasuk dalam pakej apabila memiliki sebuah laptop. Lelaki lebih prefer dengan gadjet2 yang ringkas macam smartphone. Lelaki ni kalau perlukan internet, diorang terus pergi ke cyber cafe. Sebab tu, ramai wanita terlibat dalam dunia blogging.
6) Perempuan lagi pandai bercerita berbanding lelaki
Lelaki tak pandai mengarang cerita. Tambah-tambah lagi bila nak mengarang omputih. Tapi tengok blogger wanita, BAHASA MALAYSIA punya entri pun ada, BAHASA INGGERIS punya entri pun ada. Disebabkan skill mengarang kurengggg, ramai lelaki tak join dunia blogging.
1 comment:
whatever...zz
Post a Comment