Wednesday, 24 October 2012

Nenek lentik seperti ahli gimnastik


WILLIAMSTOWN, Australia – Seorang pengajar senaman yoga warga emas di sini, Bette Calman masih memiliki badan yang melentik seperti seorang ahli gimnastik walaupun sudah berumur 83 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Nenek yang memiliki pengalaman 40 tahun mengajar yoga itu boleh melakukan gerakan bunga lotus dan burung merak yang memerlukan seseorang berbaring dengan berat badan disokong oleh kedua-dua tangannya.


CALMAN menunjukkan salah satu pergerakan yang dilakukannya ketika dia berumur 83 tahun.

Pada usia itu, Calman masih aktif dan dia mampu mengajar 11 kelas yoga dalam seminggu.

“Saya berjaya membuktikan bahawa jika anda bergiat aktif, anda mampu melakukan apa saja. Saya boleh melakukan lebih banyak aksi sekarang berbanding 50 tahun lalu,” katanya.

“Tubuh kita merupakan alat yang menakjubkan. Tubuh kita boleh meregang dan pada masa yang sama, anda akan menjadi lebih sihat berbanding dahulu,” tambahnya.

Selain mengajar yoga, dia turut menghabiskan masa lapang dengan menulis buku.

Dia sudah menghasilkan tiga buah buku mengenai yoga termasuk yoga untuk pesakit arthritis atau radang sendi.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”