KALI ini DAKU mahu berkongsi tips-tips ketika ujian motor dengan JPJ. Boleh dikatakan majoriti orang pada hari ini akan melalui pengalaman untuk memperolehi lesen kenderaan. Sekarang ini aku tengok orang selalunya akan mengambil lesen motor dan kereta sekaligus.
Namun entry ini lebih fokus pada ujian motor dengan JPJ saja. Semoga memberi manfaat.
Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang motorsikal dengan baik dan yakin. Walaupun nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian motor dengan JPJ kelak kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian yang sebenar.
Daku Amat Menyintai Mu
CUBA TEKA - siapakah yg ambil lesen ini?
Bahagian Pertama :
Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu. Pakai baju pemantul cahaya dengan kemas.
Bahagian Kedua :
1- Pusingan 8
Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian JPJ ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu menggunakan gear kedua (sepanjang masa). Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Guna lorong sebelah kiri pada sepanjang masa. Calon sama sekali tidak dibenarkan menurunkan kaki ke atas jalan raya.
2 - Laluan Titi
Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.
3 - Laluan Kon Zig Zag
Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.
No comments:
Post a Comment