Monday 18 March 2013

Eina Azman Hampir Diperkosa Oleh Seorang Datuk


Macam-macam perangai orang zaman sekarang ini. Mungkin tak tahan melihat kecantikan Eina Azman, seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk telah melakukan gangguan seksual ke atas Eina ketika bertemu di sebuah hotel baru-baru ini. Keji kan?


Tragedi buruk ini berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu. Eina bertemu dengan Datuk tersebut untuk berbincang mengenai hal pembelian kereta tetapi lain pula jadinya. Kata Eina kepada Harian Metro:-

Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya.

Untuk makluman, Eina telah pun membayar RM175,500 untuk membeli sebuah kereta Mercedes yang berharga RM220,000. Oleh kerana masih gagal untuk mendapatkan kereta yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dilakukan, Eina telah pun berjumpa dengan Datuk tersebut. Kata Eina lagi:-

Apabila dia berkata mahu mebela saya selama 3 tahun dan memberikan saya apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima.

Fuh ~~ Susah juga jadi pelakon yang cantik menawan macam Eina ini. Macam-macam dugaan yang ada. Mungkin Eina boleh mengambil pengajaran daripada tragedi ini. Lain kali nak berbincang, pergilah kedai mamak atau tempat yang ramai orang. Jangan pergi ke hotel-hotel dan tempat yang ada orang 2,3 kerat je. Bahaya untuk diri sendiri.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”