Monday 18 March 2013
Kisah Isteri Curang Di Tetak
SEORANG tukang masak telah menyerang isterinya bersama seorang lelaki lain dengan menggunakan pisau pemotong daging setelah melihat mereka bersama di atas katil. Dia telah memberitahu saudara-maranya bahawa dia ingin mencincang mereka seperti cebisan daging khinzir.
Sun Li pulang ke rumahnya di Foshan wilayah Guandong, China dan mula bermandi darah apabila melihat isterinya berlaku curang setelah dia plang dari kerja.
Sun menjadi gila apabila melihat kelakuan isterinya lalu dia mencapai pisau pemotong daging dan menetak pasangan tersebut sambil mengejar mereka dari sekitar rumah sehingga ke jalanraya.
Jurucakap polis berkata, “Terdapat tompokan darah, kesan tapak kaki dan tapak tangan di serata tempat. Ianya tidak ubah seperti rumah penyembelihan.
Amat menakjubkan apabila kedua-duanya masih terselamat walaupun telah kehilangan banyak darah.
Sun kemudaiannya di tahan oleh pihak polis dalam keadaan bermandikan darah setelah saudara maranya mendesak beliau supaya meletakan pisaunya.
Dengan berasa kesal tukang masak tersebut berkata kepada mereka, “Saya bekerja keras dan memberikan dia (Isterinya) rumah, namun ini yang dia lakukan didalam rumah. Kalau saya dapat mereka saya pasti akan cincang mereka berdua seperti daging khinzir, katanya”.
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment