Thursday 9 May 2013

Kesal didakwa bukan warga Malaysia

Kuala Lumpur: “Saya kesal dengan apa yang berlaku ke atas suami seorang anggota kami dan kejadian ini amat memalukan,” kata Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Superintendan Victor Sanjos.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian Tajudeen Anvar Batcha, 50, yang juga suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir yang diserang sekumpulan penyokong pembangkang pada hari pengundian Ahad lalu.

Kejadian berlaku di sebuah pusat mengundi di Rawang, Selangor selepas kumpulan penyerang terbabit menuduh Tajudeen bukan warga Malaysia dan kononnya pengundi hantu. “Saya sahkan mangsa warga negara Malaysia dan memiliki kad pengenalan,” katanya. kepada Harian Metro, semalam. Dalam kejadian itu, Tajudeen diherdik dan ditahan sekumpulan lebih 20 lelaki dan wanita ketika mangsa baru memasuki pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Akibatnya, mangsa melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Rawang kerana dihalang daripada membuang undi.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”