Friday, 13 September 2013
Nora Danish Berhati-Hati Untuk Kahwin Kali Kedua
Kisah kemesraan pelakon Nora Danish bersama anak seorang menteri yang dikenali sebagai Nadem Nazri kini menjadi bualan ramai. Apatah lagi, mereka dilihat sering memuat naik gambar-gambar mesra di laman sosial.
"Saya tak kisah kalau orang anggap kami bercinta. Tapi buat masa ini, saya tak mahu terlalu terbuka dan menghebahkan perkara ini. Lainlah kalau dah pasti kami akan berkahwin. Ketika itu, barulah akan saya kongsikan dengan semua peminat," jelas Nora yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Menyentuh sikap Nadem yang membuatkannya tertarik dengan jejaka itu, Nora begitu menyenangi sikap Nadem yang suka bersedekah dan sering melibatkan diri dengan kerja amal.
Ditanya mengenai kemesraan Nedim dengan anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, kata Nora, anaknya itu sememangnya rapat dengan Nedim memandangkan mereka selalu bertemu.
Dalam perkembangan sama, Nora juga menganggap kegagalan rumah tangga sebelum ini membuatkannya lebih berhati-hati untuk berkahwin buat kali kedua.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment