adi, malam nanti @ malam Jumaat, fikir dulu ketika masuk ke bilik tidur. Jangan terlalu bersemangat, sebab takut-takut subuh esok paip tidak berair, dan sepanjang hari anda tidak boleh sembahyang!
TIDAK syak lagi, di KL air menjadi salah satu penyebab stres. Bayangkan awal pagi di bilik mandi, ketika seluruh tubuh telah dilumur dengan sabun, dan buih syampu di kepala belum berbilas, tiba-tiba air paip terhenti.
Puas batang paip digoyang, kepalanya diketuk, tetapi tidak ada air. Memang tertekan, malah anda mungkin menjerit sambil menumbuk dinding. Percayalah jika jeritan didengar hingga sepuluh kilometer pun, air tetap tidak keluar.
Bekalan air dihentikan tanpa sebarang amaran! Terimalah hakikat yang kini sudah menjadi sebahagian ciri hidup moden di kota metro. Kediaman mewah dengan semua kelengkapan canggih berkelas dunia, tetapi paip kering. Apa ertinya batang cantik, kepala molek, jika tidak berair.
No comments:
Post a Comment