Thursday, 14 November 2013

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Naik di Kuala Lumpur Sehingga 267%?


Kenaikan cukai pintu DBKL naik di Kuala Lumpur : Rakyat malaysia selama ini acapkali disogokkan dengan slogan ” Rakyat didahulukan pencapaian diuatamakan.

Nah, hari ini rakyat Malaysia merasai terlebih dahulu bahang kehangatan lonjakan cukai pintu di Kuala Lumpur melebihi peratusan yang tinggi atas nama pencapaian bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi nilai hartanah yang terus melambung tinggi seperti mana dijangka (SEPERTI DI SINI) hanya yang berpendapatan Rm12,000 sebulan sahaja mampu beli rumah teres. Natijahnya…..

Natijahnya, rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur bakal berhadapan dengan tekanan untuk bayar cukai pintu di Kuala Lumpur yang telah meningkat melebihi 100% – 200%.

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Naik : Aduan Orang Ramai?

Terdapat beberapa aduan yang diterima Berita Semasa apabila ada di antaranya sudah pun menerima bil cukai pintu yang dicadangkan….

Berdasarkan respon Menteri yang bertanggungjawab, atas nama mahu meningkatkan kantung pendapatan semasa kerajaan Malaysia, kenaikan cukai pintu DBKL naik bakal memberikan manfaat kepada pemiliknya seperti anda, anda di sini melihatkan lonjakan nilai hartanah di sekitar Kuala Lumpur. Siapa kata begini?

Dan ini antara bil cukai pintu DBKL yang bakal dikenakan warga Kuala Lumpur seperti di bawah ini, di mana DBKL sudah mula memulakan “langkah kanan” mereka dengan menghantar Notis Menyemak Semula Nilaian.

Semakin tinggi nilaian hartanah anda, semakin tinggi cukai pintu DBKL yang bakal dikenakan. Dan kenaikan cukai pintu DBKL naik kali ini agak mengejutkan apabila naik secara mendadak dalam keadaan kos sara hidup dan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia semakin tidak menentu.

Jadi bagaimana cara mahu kira cukai pintu DBKL yang perlu anda bayar? Semak Bil DBKL dan mereka akan tunjuk nilaian & kadar. Kadar DBKL untuk cukai pintu adalah 6%. Di bawah ini sebagai contoh pengiraan sahaja sahaja :

Tahun 2013 nilaian RM 4,080 x 6% kadar cukai pintu = RM244.80 setahun @ RM122.40 setiap 6 bulan
Tahun 2014 nilai semua RM10,800 (nilai yang DBKL cadangkan) x 6% kadar cukai pintu = RM 648 @ RM324 setiap 6 bulan

Bermakna telah berlaku kenaikan cukai pintu naik di Kuala Lumpur sehingga melebihi 100%. Manakala berdasarkan aduan yang diterima setakat ini terdapat sebuah rumah kos rendah di Taman Orkid Desa, Cheras di mana kenaikan cukai pintu mencecah 267%. Bagaimana pula kadar cukai pintu DBKL di tempat anda pula? Munasabah atau membebankan?

1 comment:

Dingh said...

Rumah mak mentua saya naik 555%, dari RM180 setahun, jadi Rm1008.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”