Thursday 14 November 2013

Siti Nurhaliza Kurang Senang Perkataan Budak Suruhan KJ

Siti Nurhaliza Kurang Senang Perkataan Budak Suruhan KJ | Susulan teguran Dato' Siti Nurhaliza terhadap Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan.

Siti Nurhaliza Kurang Senang Perkataan Budak Suruhan KJ

Menerusi laporan sebuah akhbar, Siti menganggap tegurannya terhadap KJ adalah kerana penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan tidak kaitan dengan bola sepak;

"Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. Perkataan “budak suruhan” daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis."

Dalam pada itu, pengurus penyanyi ini, Rozi Abdul Razak menerusi akaun Instanya turut mempertahankan tindakan Siti dan mengharapkan agar orang ramai tidak menambah kenyataan Siti sebelum ini.
"Bukan lg polimek jika seorg manusia x boleh lagi mberi nasihat kpd manusia yg lain. Apatah lg jika nasihat itu adalah nasihat yg baik.

"Bijaksana seseorg itu bkn dibezakan dr U mana dia dtg atau hanya lepasan sek. menengah misalnya, ttp bgaimana seseorg itu mggunakan akalnya.

"Jgn kikis kreadibiliti pada saat perjalanan manis, satu hari segalanya menjadi sadis. Kala itu tak mudah meraih magis."

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”