Wednesday, 20 November 2013

Perjawatan Kosong Di Majlis Daerah Kuala Langat

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :-

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
2. Penolong Pegawi Belia dan Sukan Gred S27
3. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17


Cara Memohon
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat berharga RM 1.00 sahaja yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun pada link muat turun borang permohonan dibawah.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa  Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan/  pengajian dan sijil–sijil penghargaan yang telah diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di  sebelah kiri sampul surat.
4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
5. Tarikh permohonan pada : 18 November 2013 HINGGA 1 Disember 2013.



Catatan Am
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
menganggap permohonan tidak berjaya.
3. Alamat Permohonan:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”