Wednesday, 20 November 2013

Remaja Di Paksa Nikah Dengan Lembu


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditangkap sedang menyetubuhi seekor lembu . Akibatnya, pemuda tersebut dihukum oleh penduduk kampung. Pemuda yang bernama Ngurah Alit ini merupakan warga Desa Yehembang , Kabupaten Jembrana , Bali. Apakah hukuman yang ditetapkan oleh penduduk kampung tersebut kepada pemuda yang menyetubuhi lembu betina ini?

Awalnya, Alit mengelak dan menolak untuk mengakui perbuatannya itu . Alit mengatakan bahawa lembu itu tadinya adalah seorang wanita cantik yang menggodanya. Namun ketika mereka berhubungan seksual , wanita tersebut berubah menjadi seekor lembu . Namun disebab Alit tersebut dianggap terlalu mengada - ada . Sehingga penduduk setempat menjatuhkan hukuman terhadap Alit .

Rupanya , penduduk kampung menghukum Alit dengan cara menikahkan Alit dengan lembu betina tersebut . Upacara perkahwinan antara Alit dengan lembu betina tersebut bermula pada hari Jumaat tarikh 11 Jun pukul 12 tegahari. Sebelum upacara perkahwinan bermula , ratusan penduduk Desa Yehembang berkumpul di lokasi tempat Alit menyetubuhi lembu betina tersebut di tepi pantai Banjar Pasar .

Pada upacara perkahwinan tersebut, Alit memakai pakaian adat Bali dan si lembu betina dihiasi dengan kain putih. Upacara perkahwinan ini ditonton oleh ratusan penduduk kampung. Alit pun terlihat terus menundukkan kepalanya kerana malu. Upacara perkahwinan ini juga merupakan ritual pembersihan desa yang dianggap sudah tercemar oleh perbuatan Alit.

Ritual ini  dijaga ketat oleh polis kerana banyak wartawan dan orang - orang yang merakam gambar Alit. Sehingga polis diperlukan untuk berjaga - jaga agar tidak terjadi kekecohan.Selepas upacara pernikahan tersebut selesai, diadakan ritual pembersihan. Mana lembu betina tersebut ditenggelamkan ke tengah laut, sedangkan Alit yang pengsan di tengah upacara hanya dimandikan saja di tepi pantai.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”