Wednesday, 20 November 2013

Atasi Pancutan Pramatang dengan Urutan

Pramatang atau keadaan cepat keluar sperma semasa berhubungan intim menjadi gejala lelaki yang sangat menganggu hubungan suami isteri. Ada juga yang melakukan aktiviti seksual tetapi tidak boleh mencapai klimaks.



Keadaan sperma terlalu cepat keluar sering menjadi penyebab seseorang merasa kecewa. Gangguan itu sebenarnya boleh dihilangkan / sembuhkan dengan tekanan / urutan. Urutan biasanya dilakukan pada titik-titik kegelian yang dilalui segment dan saraf yang mempengaruhi dan menyalurkan rangsangan seksual.

Seperti urutan dari segment T6 (tulang punggung VI) dan segment S3 (kelangkang III (di columnavertebralis, kiri kanan). Titik utama rawatan atau titik kegelian untuk penyembuhan adalah dari bahagian tubuh depan, yakni di ulu hati, atau perut. Kemudian bahagian belakang, tepat di bahagian tengah-tengah kelangkang, dan daerah kelangkang.

Yang harus diperhatikan dan ditangani dengan baik, sebelum dilakukan urutan rawatan lebih dahulu pastikan bahawa peredaran darah dan rangkaian di bahagian daerah itu dalam keadaan rileks. Aliran darah lancar, rangkaian dan organ bekerja aktif.

Urutan dan bentuk manipolasi urutan penyembuhan yakni dengan menekan / urut oleh ketiga jari tengah kedua tangan dan geresan dengan ibu jari tangan kanan. Urutan dilakukan pada titik kegelian ulu hati tepat di bawah dada, atau daerah perut di atas pusat. Urut dengan lembut dan kuat, selama 10 saat lalu dilepas, urutan diulang-ulang selama 10 minit.

Setelah itu lakukan penekanan / urut geresan dengan ibu jari tangan kanan, pada tiga titik kegelian tepat di atas kelangkang. Tekan kuat dan keras, selama 5 saat dan lepas serta ulangi lagi. Urutan diulang-ulang selama 10 minit.

Cara lain dan boleh dilakukan sendiri adalah, sewaktu jimak dan mula terasa pancutan, zakar dicabut, urut yang kuat dan keras dengan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan. Lakukan gerakan meneran, atau seperti gerakan menahan kencing, sampai rasa pancutan berhenti.

Selepas rasa pancutan benar-benar hilang, permainan boleh disambung kembali. Ulangi, sampai keinginan yang dikehendaki tercapai. Yang tidak kurang penting ialah melakukan olahraga secara teratur serta mengambil menu makanan yang berprotein tinggi.

Selamat Mencuba :lol:

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”