Wednesday 4 December 2013

Demi Johan As’ari, Lana Nordin Sedia Bertudung

Inilah kuasa cinta. Cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.




























Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-
Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!
Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. 

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”