Wednesday, 4 December 2013

Selagi Belum Nikah, Belum Tentu Lana Jodoh Saya – Johan As’ari

Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 2 nama yang sedang hangat menjadi sebutan sekarang. Banyak spekulasi yang dikeluarkan oleh para pengikut dunia hiburan mengenai punca Johan jatuh hati terhadap Lana hingga sanggup mengenepikan Shila Amzah. Dari segi fizikal, memang Lana menang besar, dan dari segi hati, hanya Johan sahaja yang tahu perbezaannya.

Walaupun dikatakan akan berkahwin dalam masa terdekat ini, Johan As’ari masih mengambil pendekatan berhati-hati apabila bercakap mengenai cinta barunya. belum ada ikatan sah menerusi pernikahan, lebih baik jangan cakap banyak sangat. Kata Johan kepada Media Hiburan:-
Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya.

Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”