Wednesday, 4 December 2013

Google Glass, Nissan 3E – Alat Ke Masa Hadapan

google-glass-wallpaper-hd2

Google Glass, masa depan alat navigasi

Pernah anda dengar tentang Google Glass? Baiklah, sebelum kita kaitkan Google Glass ini dengan dunia permotoran, mari kita fahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Google Glass, dan apa fungsinya.
Google Glass ialah sebuah komputer kecil yang boleh dipakai di kepala yang dipasangkan paparan optik ( Optical Head Mounted Display ). Peranti canggih ini sedang dibangunkan oleh Google dalam projek penyelidikan dan pembangunan Google Glass. Google Glass memaparkan maklumat seperti telefon pintar anda, yang boleh membuat panggilan dengan Internet melalui arahan suara.
Di Amerika, Google sedang mempertimbangkan kerjasama dengan pembuat kaca mata hitam seperti Ray -Ban atau Warby Parker, di mana ia membolehkan pelanggan mencuba dan membelinya di kedai-kedai kaca mata biasa. Buat masa ini, Google Glass Edisi Explorer tidak boleh digunakan oleh orang-orang yang memakai cermin mata preskripsi (orang-orang yang rabun), tetapi Google telah mengesahkan bahawa Google Glass di masa akan datang akan disesuaikan dengan bingkai dan kanta yang sepadan dengan preskripsi pemakai , di mana ia modular dan boleh dipasangkan kepada cermin mata preskripsi biasa. Google Glass sedang dibangunkan oleh Google X , yang telah berkerjasama membangunkan teknologi futuristik lain seperti kereta tanpa pemandu (kereta Autonomous).
Berikut merupakan sedikit informasi alat/peranti Google Glass ini di Wikipedia. Untuk keretangan lanjut mengenainya, sila rujuk laman web Google Glass.
Also known as Project Glass
Developer Google
Manufacturer Foxconn
Type Augmented reality (AR), Optical head-mounted display (OHMD), Wearable technology, Wearable computer
Release date Developers (US): February 2013
Consumers: 2014
Introductory price Explorer version: $ 1500 USD
Consumer edition: “Under $ 1,500 USD”
Operating system Android (4.0.4)
Power Lithium Polymer battery (2.1 Wh)
CPU OMAP 4430 SoC, dual-core
Storage capacity 16 GB Flash total(12 GB of usable memory)
Memory 1GB RAM (682MB available to developers)
Display Prism projector, 640×360 pixels (equivalent of a 25 in/64 cm screen from 8 ft/2.4 m away)
Sound Bone conduction transducer
Input Voice command through microphone,accelerometer,gyroscope, magnetometer,ambient light sensor, proximity sensor
Controller input Touchpad, MyGlass phone app
Camera Photos – 5 MP, videos – 720p
Connectivity Wi-Fi 802.11b/g,Bluetooth, micro USB
Weight 50g
Backward
compatibility
Any Bluetooth-capable phone; MyGlass companion app requires Android 4.0.3 (Ice Cream Sandwich) or higher
Website google.com/glass

Nissan 3E, satu langkah ke hadapan

Nissan 3E to Debut at 2013 Tokyo Motor Show
Nissan 3E to Debut at 2013 Tokyo Motor Show
Masih belum ada undang-undang meluluskan sama ada manusia dapat memandu dengan Google Glass di hidung atau pun tidak, tetapi itu tidak bermakna pembuat kereta akan duduk sahaja menanti sehingga saat itu. Mercedes- Benz , sebagai contoh, sudah berusaha untuk mengintegrasikan sistem infotainment ke Google Glass, tetapi sebaliknya, Nissan telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan membangun perantinya sendiri. Hebat, seperti biasa.
Peranti ini dipanggil Nissan 3E , dan apa yang boleh didapati media hanyalah beberapa imej, siaran akhbar yang rapi dan video di atas. Para pembuat kereta Jepun menyenaraikan bahawa adanya sambungan internet dan komunikasi sebagai ciri-ciri utama . Disebabkan ianya dibina oleh salah sebuah syarikat pembuat kereta, maka pastilah peranti ini dibuat khas untuk para pemandu.
Sila tonton video di bawah ini, pasti anda akan teringat fungsi Jarvis di dalam sut Ironman. Bagaimana, teruja?

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”