Wednesday, 4 December 2013

Hubungan Qi dan Nelydia Berantakan, Sharnaaz Mohon Maaf

Sekali lagi nama Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila dia dikatakan punca keretakan hubungan pengacara, Qi Razali dan pelakon, Nelydia Senrose.

Semuanya gara-gara sharnaaz telah memuat naik gambarnya bersama Nelydia bersama bait ayat yang berbunyi, “Tak payah pening-pening, dah ada depan mata” seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu, Qi turut mengemas kini laman twitternya dengan status sedih seolah-olah menerima hakikat dan redha dengan hubungan mereka berdua.

Menurut Sharnaaz, dia agak terkejut dengan perkara tersebut dan menjelaskan situasi sebenar mengenai ayat tersebut.

“Saya tidak ada hubungan pun dengan Nelydia, status itu saya buat hanya untuk mempromosikan drama terbaru kami, ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’, itu sahaja.

“Ayat itu pula adalah salah satu dialog drama itu… Saya memang tidak ada niat apa-apa pun. Memang untuk drama, itu sahaja.” ujarnya.

Selain itu, Sharnaaz juga memohon maaf kepada Qi sebaik sahaja mengetahui hal terbabit.

“Saya mohon maaf kepada Qi melalui Nelydia lerana kami tidak bersemuka bkan sebab apa, kami belum berkawan rapat, kami hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.

“Macam dengan Pekin dulu , kami kawan rapat jadi senanglah untuk jumpa.

“Saya mohon maaf sangat-sangat sekiranya Qi terasa, saya tidak mahu cari gaduh. Lebih-lebih lagi dengan libatkan isu kerja. Nanti tak seronoklah sebab dalam drama ini saya bekerjasama dengan Nely.” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sebelum ini Sharnaaz pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta Pekin dan Uqasha namun semuanya telah diselesaikan apabila Pekin salah faham mengenai keakraban pelakon itu bersama kekasihnya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”