Monday, 2 September 2013

Harga mintak naik khabar angin

Mlm ni isi minyak full tank k.. tepat kul 12.00 am minyak naik 20 sen ron 95. Sumber sahih drpd kwn yg brtugas kat kpdnkk....ada tak Komuniti yg tahu perkara ini....dari Skuad Pemantau 1
Utk mkluman, berita harga minyak Ron 95 yg dikatakan akan dinaikkan sbyk 20 sen itu adalah merupakan khabar angin semata2, kenaikan harga minyak masih dalam peringkat kajian dan kerajaan akan cuba sedaya upaya utk tidak naikkan sebarang harga minyak dalam masa terdekat inj, kepentingan rakyat diambil kira dalam hal berkaitan harga minyak demi tidak membebankan lagi apa yg ditanggung rakyat pada masa ini. Oleh itu sekiranya ada desas desua tentang kenaikan harga minyak, sila abaikan..... info ini dari Pengarah KPDNKK sendiri Pn Norison Ramli. harap mklum.

Friday, 30 August 2013

MERDEKAnya KITA: Dilarang buat persembahan



Tatkala menonton persembahan previu teater MERDEKAnya KITA di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Damansara Utama Rabu lalu, tiada sebarang unsur negatif atau pelik dalam naskhah karya Anwar Hadi Ramli ini.

Sebagai rakyat yang belajar mengenai sejarah negara, kita tahu evolusi yang berlaku dari zaman awal kerajaan Melayu hingga zaman penjajah sebelum mencapai kemerdekaan. Ia satu fakta yang tidak boleh diubah sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.
Bagaimanapun, entah kenapa teater yang dibawakan Teater Kami Limited dari Singapura ini berdepan risiko tidak dibenarkan membuat per­sembahan biarpun tarikh pementasan sudah ditetap­kan semalam dan malam ini.

Menerusi surat yang dikeluarkan Agensi Pusat Permohonan Peng­gambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 27 Ogos lalu, Rumah Anak Teater (RAT) yang bertanggung­jawab menguruskan pementasannya di Malaysia dimaklumkan teater ini dikhuatiri boleh me­nyentuh sensitiviti ma­syarakat Malaysia terutama dalam aspek politik dan sosial.

Penerbit RAT, Faisal Mustaffa berkata, mereka sedih dengan apa yang berlaku kerana ia dikatakan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia sedangkan ia menggambarkan perjalanan sejarah negara dari awal hingga mencapai kemerdekaan.


“Saya sudah buat rayuan kepada PUSPAL agar memberikan satu peluang kepada kami dan mengharapkan jawapan positif. Sehingga kini kami sudah menjual tiket dan sekira­nya per­sembahan masih tidak dibenarkan, kami akan memulangkan semula wang kepada penonton,” katanya.

Menurutnya, kekecewaan memang akan dirasai semua pihak yang terbabit kerana perancangan yang dilakukan mengambil masa lama dan kos tinggi. Bagaimanapun, mereka akur de­ngan peraturan dan undang-undang negara dan sebagai warga negara mereka akan mematuhinya.

“Teater ini dibiayai oleh National Arts Council (NAC) Singapura yang berperanan seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Teater Kami Limited tiada agenda tertentu dalam teater MERdEKAnya KITA. Mereka hanya ingin berkarya dengan jujur.

“Sekiranya rayuan kami tidak diterima dan per­sembahan tetap tidak dibenarkan, saya akan fikirkan menyuruh pelakonnya menunggu di luar pintu DPAC bagi mengucapkan terima kasih kepada penonton yang sudah membeli tiket ketika proses pemulangan wang dilakukan,” kata­nya.

Melihat kembali jalan ceritanya, teater yang hanya dibarisi empat pelakon iaitu Anwar Hadi Ramli, Ridwan Ramli, Dalifah Shahril dan Suhaila Md Sanif ini dibuka dengan paparan mengenai masyarakat Melayu yang hidup di bawah pemerintahan raja.

Selepas itu, ia beralih kepada zaman penjajahan British. Kemudiannya giliran Jepun mengambil alih menjajah sebelum diambil semula oleh British. Babak berikutnya memaparkan kemasukan imigran dari India, China dan Indonesia. Penamat cerita ini menunjukkan rakyat di bumi bertuah ini diberi peluang untuk merdeka dan memba­ngunkan negara me­ngikut acuan sendiri.

Atin berkata, dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku, namun tidak patah semangat untuk terus mengadakan pementasan di negara ini.

“Saya sedih lihat A­nwar bekerja keras buat rujukan untuk skrip ini dari arkib dan pelbagai sumber lain. Di Singapura sendiri yang ketat tapisannya pun teater ini boleh dipentaskan. Jadi di manakah silapnya? Kami juga tidak diberitahu secara lengkap babak mana yang dikatakan menying­gung perasaan.

“Jika dijelaskan secara menyeluruh, kami mung­kin boleh berkompromi untuk meminda mana-mana babak yang perlu,” katanya.

Kate Yusof Penerbit Skop Production Sdn Bhd ‘Ini sabotaj paling busuk’


Kuala Lumpur: “Ini satu sabotaj paling busuk dan keji pernah berlaku dalam sejarah industri perfileman Melayu untuk merosakkan pasaran filem ini,” kata penerbit filem KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengenai tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebarkan pautan menawarkan muat turun filem arahan anaknya, Syamsul itu di Internet sejak malam kelmarin.

Yusof yang juga penerbit Skop Production Sdn Bhd ketika dihubungi berkata, beliau melihat perkara ini sebagai satu agenda pihak tertentu untuk menjejaskan kutipan tiket KL Gangster 2 bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 3 Oktober ini. “Saya percaya mereka mahu menjejaskan pasaran KL Gangster 2 berikutan sambutan awal cukup memberangsangkan sejak trailer filem ini dimuat naik di YouTube beberapa minggu lalu,” katanya yang dimaklumkan mengenai perkara itu malam kelmarin.

Pautan muat turun filem KL Gangster 2 itu dipercayai mula disebarkan menerusi Facebook sejak malam kelmarin dan orang ramai melayarinya boleh menonton keseluruhan filem berdurasi 1 jam 55 minit itu, tetapi dengan kualiti gambar rendah.

Tragedi niat murni

Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba merempuh motosikal dinaiki dua peragut bertukar tragedi apabila kenderaan itu terlanggar wanita yang diragut penjenayah terbabit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.

Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.

Foto
KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.


Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit.

Gambar Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun Terengganu

Gambar penemuan mayat kes buang bayi di UITM Dungun Terengganu. Hangat diperkatakan apabila seorang pelajar wanita telah membuang bayi kandungannya yang baru lahir dari lubang tandas. Mayat bayi itu ditemui oleh pekerja kontrak ketika menjalankan kerja membersih loji kumbahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan tertiarap disahkan perempuan dan ditemui dengan keadaan tengkoraknya pecah.

Gambar Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun


Thursday, 29 August 2013

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan pengharaman 49 pertubuhan



Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan pengharaman 49 pertubuhan termasuk kongsi gelap mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Laporan FMT ada menyebut, senarai itu dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ia antara lain menyebut nama kumpulan utama yang menggunakan kod nombor seperti dibawah:

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop.

- Free Malaysia Today

KL Gangster 2 bocor, Syamsul lapor polis !



FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”