Wednesday, 30 May 2012
“Bagi Saya, Jika Nak Perjuangkan Agama Tidak Semestinya Menyertai PAS” – Amy Search
“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja.” – Amy Search, dipetik dari mStar Online.
Itulah kenyataan yang diberikan oleh Amy Search kepada media. Petang semalam, Amy Search bersama Mus (May) dan juga Ibnor Riza telah menyerahkan borang keahlian parti UMNO kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh, di ibu pejabat UMNO.
Penyanyi yang sudah berusia 54 tahun ini turut menegaskan bahawa dia menyertai UMNO atas dasar yakin terhadap parti itu yang mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu.
“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya.” – Amy Search.
Borang keahlian mereka bertiga telah diterima dan ketiga-tiga penyanyi veteran ini bakal menjadi ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Untuk pengetahuan, Tan Sri Jins Samsudin dan Jamal Abdillah juga adalah ahli UMNO dari cawangan yang sama dan sehingga kini sudah ada 43 orang ahli UMNO cawangan itu yang terdiri dari para selebriti.
Sumber : mStar Online
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment