Monday, 18 June 2012

Aaron Aziz Seronok Dapat Meraikan Hari Bapa



KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Aaron Aziz meluahkan rasa gembira dan bersyukur dapat meraikan Hari Bapa bersama tetamu hari istimewa itu di PNB Darby Park di sini pada Sabtu.

Aaron berkata, dia teruja kerana selain dapat meraikan hari tersebut dengan bapa-bapa yang lain dalam satu majlis sama, dia juga dapat berkongsi pengalamannya sebagai seorang ketua keluarga bersama mereka.
“Sambutan itni mencipta satu kenangan terindah kerana ia dapat menghargai pengorbanan bapa di dalam sesebuah keluarga.

“Jujurnya saya seronok berada di majlis ini bersama bapa-bapa yang lain untuk meraikan hari istimewa kami,” ujarnya ketika ditemui selepas meraikan majlis makan tengah hari bersempena Hari Bapa di PNB Darby Park di sini.

Tambah Aaron, sambutan itu lebih istimewa apabila tiga anaknya iaitu, Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 turut hadir dan memberikannya hadiah pada majlis tersebut.

Selain Aaron sebagai penampilan istimewa, ia turut diacarakan oleh pelakon Fahrin Ahmad.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan hari bapa, Aaron berkata pada kebiasaan dia hanya akan meraikan hari istimewa itu dengan cara yang tidak formal bersama keluarga.

Aaron berkata, anak-anaknya akan membuat kad ucapan untuknya dan mereka akan menghabiskan masa bersama.

“Tiada apa yang terlalu istimewa sambutan Hari Bapa saya bersama keluarga dan paling penting mereka sentiasa bersama-sama saya dalam susah dan senang.

“Anak-anak adalah penggerak saya untuk terus berusaha dalam mengejar impian demi membahagiakan mereka,” ujarnya. – MStar

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”