KETIKA sedang sibuk bercerita soal saman menyaman dua artis popular tanah air baru-barui ini, ada beberapa rakan wartawan yang merungut tentang Izara Aishah yang dikatakan mempunyai masalah pula.
Bukan besar sangat masalah Izara ni, tapi kalau dah selalu sangat datang lambat, memang menjadi masalah kepada orang lain. Malah, kata beberapa orang wartawan senior ni, Izara memang sentiasa lambat kalau berjanji.
"Kau bayangkan baru-baru ini hampir tiga jam dia terlewat dalam satu program yang dianjurkan di Finas. Yang menjadi masalahnya bila orang menunggu dia terlalu lama sampaikan naik muak.
"Bukan sahaja pihak produksi yang merungut dengan perangai dia tetapi beberapa wartawan yang ada pun geleng kepala dengan sikap Izara yang semakin lama semakin menjadi-jadi tu.
"Dengar cerita lagi bukan itu kali pertama dia buat macam tu. Ada beberapa sesi fotografi pun dia datang lambat. Alasannya tak tahu jalan, jalan raya sesak dan macam-macam lagi yang buat orang menyampah.
"Kalau rasa tak tahu jalan tu, kenapa tak google maps awal-awal? Dalam beberapa program pelancaran pun mesti dia lewat dengan alasan yang sama. Nampak sangat tak berdisiplin orang baru macam dia ni," rungut wartawan popular tu lagi.
Bagi Syed datang lewat ni bukan satu masalah baru dalam kalangan artis tempatan kita. Memang ramai yang buat perangai terutama dengan masa. Tiba-tiba Syed teringatkan kes artis yang kena halau sebab lambat dua jam.
No comments:
Post a Comment