Bukan sekali dua cerita atau khabar angin mengenai keretakan rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira tersebar. Malah sehingga kini kisah peribadinya itu terus diperkatakan.
Namun, Erra Fazira sendiri akui rumah tangganya sama seperti pasangan berkahwin yang lain yang mana ada pasang surutnya.
Walaubagaimana pun, Erra tidak cepat melatah dengan kontroversi rumah tangganya itu. Sebaliknya tenang menjawab segala persoalan dari media.
“Saya tidak menafikan, khabar angin yang disampaikan oleh pihak tertentu ada yang betul dan ada juga yang tidak.
“Biasalah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya tidaklah sentiasa aman dan makmur kerana masalah dalam perkahwinan itu normal,” jelasnya.
Tidak mahu mengulas lanjut masalah yang sedang dialami rumah tangganya, sebaliknya Primadona Malaysia ini meminta supaya semua pihak memahami dengan dilema yang dihadapinya.
“Maaflah, setiap kata-kata saya perlu ada batasnya kerana ia kisah rumahtangga saya dan rasanya lebih baik jika saya tidak terlalu terbuka.
“Lagipun ada perkara yang saya perlu tutup dan saya harap orang di luar faham dengan delima yang saya alami,” luahnya lagi.
Sebelum ini terdapat media yang melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin sudah pun berkahwin lagi dan Erra sebenarnya sedang bermadu.
Erra walaubagaimanapun meminta supaya semua pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara tersebut.
Musykil tentang bagaimana khabar angin itu tersebar, Erra memberitahu mungkin ia berpunca selepas suaminya tidak lagi mengikutnya bersama ke majlis-majlis hiburan.
“Saya akui pada awal perkahwinan saya, suami sering juga ikut saya ke mana-mana dan kini dia tidak lagi berbuat demikian.
“Lagipun saya tidak boleh hendak memaksa Emran untuk mengikut saya dan saya perlu hormat keputusannya yang tidak berminat dalam dunia hiburan ini.
“Tambahan pula tidak semua orang suka lihat saya kerap membawa pasangan ke acara hiburan.
“Jadi saya tidak boleh nak ikut kehendak semua. Bagi pihak saya pula, terpulang kepada Emran untuk mengikut saya atau tidak,” tambahnya lagi.
Erra yang bakal memulakan penggambaran telemovie Mencari Juwita akan mula sibuk sehingga bulan Ramadan ini untuk menjalani latihan Teater Tun Siti Hasmah yang dijangka akan dipentaskan Ogos depan.
No comments:
Post a Comment