Friday 15 June 2012

Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia



Jika semasa musim Piala Dunia 2012, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.
Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.
Kejadian seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Memang banyak kejadian pelik yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sesungguhnya ini semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”